Antara kemudahan yang dinaiktaraf selepas Hari Bersama MPP semasa Lawatan Rasmi ke KAMPUS BESUT baru-baru ini ialah:
a) Pemasangan lampu di kawasan wakaf-wakaf baru ( berdekatan dengan perkarangan bangunan asrama baru )
b) Pembinaan tempat letak motosikal berbumbung di kawasan cafe dan juga blok kolej kediaman. Untuk maklumat mahasiswa, mana-mana blok yang mempunyai parking berbumbung, anda dikehendaki meletakkan kenderaan motosikal di tempat berkenaan. Kegagalan mahasiswa/i membuat sedemikian akan dikenakan saman ataupun dikunci rantai oleh pihak keselamatan UDM.
c) Pemasangan cermin cembung di belakang blok O untuk mengatasi kemungkinan kemalangan.
d) Pertambahan kanopi untuk mahasiswa menyimpan motosikal semasa cuti semester di pos pengawal hadapan pintu masuk kampus KUSZA. Pertambahan sebanyak 4 kanopi untuk menampung kenderaan yang bakal diletakkan semasa cuti semester ini.
e) Kemudahan-kemudahan di bilik akademik seperti kerusi dan PA system dalam proses penyelenggaraan bagi memberi keselesaan kepada mahasiswa/i.
f) Pemasangan kabel optik bagi wayarless sedang dalam fasa pertama. Pemasangan ini melibatkan kolej kediaman dari blok A, B, C, D, E, F, G, H dan I. Untuk fasa ke-2, pemasangan akan dilaksanakan selepas selesai fasa pertama.
g) Bagi yang menetap di asrama MAIDAM, isu wireless semakin hampir diselesaikan kerana pemasangan rooter sudah siap bagi aras-aras yang terpilih. Cuma buat masa sekarang, 'maintenance' untuk wayiring sedang giat dijalankan oleh juruteknik terlatih. Mahasiswa/i diminta untuk bersabar sehingga maintenance selesai.- maklumat dari Pejabat Asrama MAIDAM.
Bagi pihak Majlis Perwakilan Pelajar UDM sesi 08/09 mengucapkan ribuan terima kasih dan juga tahniah terhadapa gerak kerja yang dibuat oleh kedua-dua jabatan dalam memastikan keselesaan dan keselamatan para mahasiswa/i terjamin.Alhamdulillah...