Majlis Perwakilan Pelajar UDM sesi 08/09 mengucapkan ribuan terima kasih kepada bahagian Keselamatan UDM dan juga Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaran UDM (JPP) kerana telah meluluskan beberapa cadangan daripada Majlis Perwakilan Pelajar UDM sesi 08/09.

Antara kemudahan yang dinaiktaraf selepas Hari Bersama MPP semasa Lawatan Rasmi ke KAMPUS BESUT baru-baru ini ialah:

a) Pemasangan lampu di kawasan wakaf-wakaf baru ( berdekatan dengan perkarangan bangunan asrama baru )

b) Pembinaan tempat letak motosikal berbumbung di kawasan cafe dan juga blok kolej kediaman. Untuk maklumat mahasiswa, mana-mana blok yang mempunyai parking berbumbung, anda dikehendaki meletakkan kenderaan motosikal di tempat berkenaan. Kegagalan mahasiswa/i membuat sedemikian akan dikenakan saman ataupun dikunci rantai oleh pihak keselamatan UDM.

c) Pemasangan cermin cembung di belakang blok O untuk mengatasi kemungkinan kemalangan.

d) Pertambahan kanopi untuk mahasiswa menyimpan motosikal semasa cuti semester di pos pengawal hadapan pintu masuk kampus KUSZA. Pertambahan sebanyak 4 kanopi untuk menampung kenderaan yang bakal diletakkan semasa cuti semester ini.

e) Kemudahan-kemudahan di bilik akademik seperti kerusi dan PA system dalam proses penyelenggaraan bagi memberi keselesaan kepada mahasiswa/i.

f) Pemasangan kabel optik bagi wayarless sedang dalam fasa pertama. Pemasangan ini melibatkan kolej kediaman dari blok A, B, C, D, E, F, G, H dan I. Untuk fasa ke-2, pemasangan akan dilaksanakan selepas selesai fasa pertama.

g) Bagi yang menetap di asrama MAIDAM, isu wireless semakin hampir diselesaikan kerana pemasangan rooter sudah siap bagi aras-aras yang terpilih. Cuma buat masa sekarang, 'maintenance' untuk wayiring sedang giat dijalankan oleh juruteknik terlatih. Mahasiswa/i diminta untuk bersabar sehingga maintenance selesai.- maklumat dari Pejabat Asrama MAIDAM.

Bagi pihak Majlis Perwakilan Pelajar UDM sesi 08/09 mengucapkan ribuan terima kasih dan juga tahniah terhadapa gerak kerja yang dibuat oleh kedua-dua jabatan dalam memastikan keselesaan dan keselamatan para mahasiswa/i terjamin.Alhamdulillah...

" together we aspire , together we achieve"




This entry was posted on Saturday, October 17, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

    end said...

    terima kasih jpp...

  1. ... on October 18, 2009 at 12:35 AM  
  2. end said...

    moga boleh diperbetulkan.. terima kasih ats teguran

  3. ... on October 19, 2009 at 7:54 AM