JADUAL TERBARU PERKHIDMATAN BAS UDM SEMPENA BUKA SEM BARU (JULAI)

KEPADA SEMUA MAHASISWA/I UDM, BAS AKAN DISEDIAKAN DARI MBKT KE KAMPUS KUSZA SEPERTI BERIKUT:

3 HINGGA 5 JULAI 2009
SESI PAGI: 4.00 HINGGA 8.00 PAGI
SESI PETANG: 4.00 HINGGA 8.00 MALAM

HARAP MAKLUM.


Biasiswa Sukan ini adalah merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.

Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Biasiswa Sukan ditawarkan kepada atlet-atlet yang mengikuti pengajian bagi kursus dalam Negara yang diiktiraf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merangkumi IPT Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja.
Penerima Biasiswa Sukan ini tidak mempunyai kaitan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan Negara apabila tamat pengajian kelak.

Tawaran ini hanya dibuka sekali setahun. Hebahan tawaran akan diumumkan melalui laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ( www.mohe.gov.my ). Pemohon hendaklah membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja. Setiap pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan. Pemohon boleh membuat kemaskini sehingga tarikh tutup permohonan. SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA boleh dibuat mulai 21 JULAI 2009 (tertakluk kepada pindaan). Pemohon yang layak ke panggilan temuduga sahaja perlu membawa bersama DUA (2) salinan cetakan permohonan yang telah disahkan oleh Pegawai Sukan dari Pusat Sukan IPT masing-masing dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga. Permohonan yang tidak lengkap secara automatik tidak akan dipertimbangkan permohonannya.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
TINGKAT 13, HERITAGE OFFICE TOWER JALAN SB DAGANG
SERI KEMBANGAN SELANGOR DARUL EHSAN
43300 SELANGOR
(u.p. : Encik Azwan / Encik Tony / Encik Khuzaimi)
TEL : 03-8939 4300 / 4309 / 4310 / 4313
FAKS : 03-89394303
Emel : azwan.a@mohe.gov.my / khuzaimi@mohe.gov.my / tony@mohe.gov.my.

Keterangan lanjut di

http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/biasiswa_sukan.php?m=3&navcode=NAV004&subcode=SUB005