ALHAMDULILLAH, PERJUMPAAN YANG DIANJURKAN PADA 20 FEBRUARI 2009 (JUMAAT), TELAH BERJAYA MENDAPATKAN BEBERAPA HASIL YANG SANGAT POSITIF DAN MEMBERANGSANGKAN. SEPATUTNYA, PADA MALAM TERSEBUT DEWAN KULIAH UTAMA (DKU) DIPENUHI OLEH 396 BARISAN PEMIMPIN DI UDM YANG TERDIRI DARIPADA BARISAN MPP DAN KESEMUA MAJLIS TERTINGGI BAGI 66 BUAH KELAB DAN PERSATUAN TERMASUK JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN UDM. NAMUN, BEBERAPA INDIVIDU TIDAK DAPAT HADIR PADA PERJUMPAAN TERSEBUT KERANA MENGHADAPI KEKANGAN-KEKANGAN TERTENTU.
TUJUAN UTAMA PERJUMPAAN TERSEBUT ADALAH UNTUK MEMBERIKAN SEDIKIT GAMBARAN KASAR BERKAITAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA DAN LAPORAN AKTIVITI UNTUK KEMUDAHAN PENGANJURAN AKTIVITI OLEH KELAB DAN PERSATUAN MASING-MASING SEBELUM KPO BERLANGSUNG. SELAIN ITU, PERKONGSIAN DAN PERBINCANGAN BERKAITAN MASALAH KEBAJIKAN KELAB DAN PERTUBUHAN SERTA MASALAH KEBAJIKAN PELAJAR DI UDM TURUT DIJALANKAN.
DISINI INGIN DIPAPARKAN SEDIKIT SEBANYAK HASIL PERJUMPAAN TERSEBUT DAN TINDAKAN YANG BAKAL DIAMBIL OLEH PIHAK MPPUDM SESI 08/09 SEPANJANG MINGGU INI:
1. Penjelasan isu pemakaian dan saman kad matrik, kadar saman, serta lain-lain jenis saman
2. Permohonan status kemudahan di asrama ("water cooler", bilik siaraya/ sistem announcement, koperasi/ kedai runcit, isu nyamuk)
3. Garis panduan kelulusan dan peruntukan kewangan program pelajar (termasuk mana-mana perkara yang boleh ditaja. i.e. penginapan. pengangkutan)
4. Permohonan menambah papan kenyataan
5. Permohonan cermin untuk tujuan penampilan diri
6. Kaedah mendapatkan duit zakat, isu khairat kematian yang layak memohon, serta elaun kecemasan.
7. Mengusulkan untuk memanjangkan tempoh operasi perpustakaan khususnya sepanjang musim peperiksaan
8. Kebajikan pertubuhan kelab dan persatuan (isu proposal penubuhan kelab, stor persatuan)