Salam perpaduan.

pihak Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 08/09 dengan rasa hormat dan sukacita menjemput semua mahasiswa/mahasiswi UDM untuk hadir ke program terakhir kami, "Malam Gala Anugerah Persatuan, Kelab, dan Kolej Kediaman UDM (MGAUDM) Kali-1". Justeru, untuk memeriahkan lagi program ini, pihak kami berharap agar saudara/saudari mahasiswa dapat hadir beramai-ramai seperti berikut:

Tarikh: 8 Januari 2010
Hari: Jumaat
Tempat: Dewan Al-Muktafi Billah Syah, UDM Kampus KUSZA
Masa: 7.50 malam
Tetamu hormat jemputan: Professor Dr Mohd Fauzi Ramlan, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
*pakaian rasmi: baju batik

Senarai anugerah yang akan disampaikan adalah seperti berikut:

Kategori Umum
- Program Helwanis Terbaik
- Program Kesenian dan Kebudayaan Terbaik
- Program Sukan/ Rekreasi Terbaik
- Program Akademik Terbaik
- Program Kebajikan Terbaik
- Program Modal Insan Terbaik
- Program Dalaman Terbaik
- Program Luaran Terbaik

Kategori Khas
- Persatuan/ Kelab Terbaik
- Kolej Kediaman Terbaik
- Persatuan Fakulti Terbaik
- Program MPP Pilihan Mahasiswa
- Program Ko-Kurikulum Terbaik
- Program Terbaik Keseluruhan
- Anugerah Organisasi Terbaik

Kepada semua pemimpin (YDP/presiden/ ketua) kelab, persatuan, dan kolej kediaman UDM, anda diwajibkan untuk hadir serta berbaju batik dan duduk di barisan hadapan. Sila daftar kehadiran anda di kaunter depan DABS pada jam 7.50 malam.

Setiap organisasi wajib menghantar sekurang-kurangnya 10 orang wakil. 300 peserta terawal akan menerima kupon saguhati makanan, untuk dituntut pada akhir program.

Segala perhatian dan kerjasama sahabat mahasiswa/i didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga program ini berjaya mencapai matlamat utama untuk menghargai jasa dan sumbangan organisasi dalam membantu perkembangan UDM serta menjadi dorongan dan semangat buat generasi kepimpinan yang baru.
wallahualam..Jazakumullahukhairan kathira.


"together we aspire, together we achieve"


This entry was posted on Monday, January 04, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 comments:

    Nabil Norhalim said...

    program terakhir dalam nafas terakhir..namun yg terakhir ini adalah last yg pertama..ingin melangkah lebih laju..dan titik perjuangan tidak menemu titik noktah sehingga nyawa hilang dari jasad.

  1. ... on January 4, 2010 at 8:17 PM  
  2. Anonymous said...

    Tak aci!!!! makan dapat roti jek.huhuuhuhuhu penat tunggu ingat dapat makan nasi beriyani ke...

  3. ... on January 9, 2010 at 5:44 AM  
  4. Anonymous said...

    "Barangsiapa yang bersyukur keatas nikmat-Ku, nescaya aku akan menambahkan lagi nikmatKu, dan sekiranya kamu kufur, nescaya azab-Ku amatlah pedih..."

    Thanks MPP

    ^_^

  5. ... on January 9, 2010 at 11:38 AM  
  6. Anonymous said...

    alhamdulillah..walaupun kehadiran student agak mengecewakan, namun saya ucapkn setinggi tahniah buat MPP yg berjaya anjurkan..mgkin projek terakhir dari "bekas MPPP", akhirnya ada jugak program yg memberi impak tinggi kepada student..apa pn, atur strategi untuk tarik pelajar dengan lebih baik k

  7. ... on January 10, 2010 at 12:35 AM