ALHAMDULILLAH, PERJUMPAAN YANG DIANJURKAN PADA 20 FEBRUARI 2009 (JUMAAT), TELAH BERJAYA MENDAPATKAN BEBERAPA HASIL YANG SANGAT POSITIF DAN MEMBERANGSANGKAN. SEPATUTNYA, PADA MALAM TERSEBUT DEWAN KULIAH UTAMA (DKU) DIPENUHI OLEH 396 BARISAN PEMIMPIN DI UDM YANG TERDIRI DARIPADA BARISAN MPP DAN KESEMUA MAJLIS TERTINGGI BAGI 66 BUAH KELAB DAN PERSATUAN TERMASUK JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN UDM. NAMUN, BEBERAPA INDIVIDU TIDAK DAPAT HADIR PADA PERJUMPAAN TERSEBUT KERANA MENGHADAPI KEKANGAN-KEKANGAN TERTENTU.


TUJUAN UTAMA PERJUMPAAN TERSEBUT ADALAH UNTUK MEMBERIKAN SEDIKIT GAMBARAN KASAR BERKAITAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA DAN LAPORAN AKTIVITI UNTUK KEMUDAHAN PENGANJURAN AKTIVITI OLEH KELAB DAN PERSATUAN MASING-MASING SEBELUM KPO BERLANGSUNG. SELAIN ITU, PERKONGSIAN DAN PERBINCANGAN BERKAITAN MASALAH KEBAJIKAN KELAB DAN PERTUBUHAN SERTA MASALAH KEBAJIKAN PELAJAR DI UDM TURUT DIJALANKAN.

DISINI INGIN DIPAPARKAN SEDIKIT SEBANYAK HASIL PERJUMPAAN TERSEBUT DAN TINDAKAN YANG BAKAL DIAMBIL OLEH PIHAK MPPUDM SESI 08/09 SEPANJANG MINGGU INI:

1. Penjelasan isu pemakaian dan saman kad matrik, kadar saman, serta lain-lain jenis saman

2. Permohonan status kemudahan di asrama ("water cooler", bilik siaraya/ sistem announcement, koperasi/ kedai runcit, isu nyamuk)

3. Garis panduan kelulusan dan peruntukan kewangan program pelajar (termasuk mana-mana perkara yang boleh ditaja. i.e. penginapan. pengangkutan)

4. Permohonan menambah papan kenyataan

5. Permohonan cermin untuk tujuan penampilan diri

6. Kaedah mendapatkan duit zakat, isu khairat kematian yang layak memohon, serta elaun kecemasan.

7. Mengusulkan untuk memanjangkan tempoh operasi perpustakaan khususnya sepanjang musim peperiksaan

8. Kebajikan pertubuhan kelab dan persatuan (isu proposal penubuhan kelab, stor persatuan)



This entry was posted on Saturday, February 21, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 comments:

    Notfah said...

    Assalamualaikum. saya ada cadangan. Pasal isu nyamuk tu kan, apa kata, UDM buat penyemburan ubat nyamuk. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sebab nyamuk dekat UDM ni dah terlampau banyak sangat. Sampaikan dekat Perpustakaan al-Mukhtar pun ada nyamuk. Ini boleh menjatuhkan imej UDM sebagai sebuah universiti.Saya pun pelik. UDM ada tawarkan kos kepada 'nyamuk' untuk belajar dekat UDM juga ke??

  1. ... on February 23, 2009 at 4:37 PM  
  2. Notfah said...

    Lupa pula. Sebenarnya, kawan saya ada benda nak tanya pada hari perjumpaan tu. Kalau pinjam duit dekat HEPA, ada kena bunga ke?? Lebih kurang macam tu lah bentuk persoalan yang bermain dekat fikiran dia. Okey.. Itu saja yang nak saya perkatakan. Saya mengundur diri dulu. Maaf jika ada terkasar bahasa.

  3. ... on February 23, 2009 at 4:40 PM  
  4. Anonymous said...

    mpp da ad anta surat tp pihak pengurusan ckp dorg da kol pusat kesihatan cuma tggu dorg dtg je..hu7 i2lah info yang saya dapat

  5. ... on February 27, 2009 at 12:49 AM  
  6. Anonymous said...

    tu nama dier nyamuk bala...smbur bnyk kali pon x kan selesai..sbnrnya nyamuk tu nk gigit mpp..tp bg peluang j suh taubat...ngeh2...maaf la aku ni kampus lain..tp bila jmpa ngan mpp udm...nmpk mcm lekeh sngt mpp2 dier..kesian pon ada...hehe..mntk maaf la skali lagi kot2 pasni terumpat lagi..

  7. ... on March 2, 2009 at 12:23 PM  
  8. Anonymous said...

    salam..terima kasih pada yg sudi memberi pandangan. anonymous, kami bersedia menerima kritikan.

    tapi sy bygkan adalah lebih baik dan lebih manis jika saudara/i sebutkan apa yg buatkn kami nmpk masih kurg d mata saudara supaya kami dapat perbaiki. nyatakan dengan jelas, dan sama-sama kita boleh bincang untuk perbaiki kelemahan. insyaALLAH

    asrul_mppudm

  9. ... on March 3, 2009 at 8:34 AM  
  10. Nabil Norhalim said...

    mesyuarat tu sekejap jer!! dah la x leh tye bnyak.!!! NK LEPAS GERAM PUN ADER!!..sabar2..masih ader lagi ruang untuk anda semua mengajukan pendapat atau cadangan yang bernas..dan kita sama2 perjuangkan..state kn nama dan kos anda..dan nyatakan pendapat anda..segala cadangan dan pendapat, MPP akan listkan sebagai hitam putih dan akan diperjuangkan ke pihak yang bertanggungjawab..bkn MPP semate SUARA pelajar..tapi 64 PEMIMPIN kelab dan persatuan..mereka jua SUARA2 ANDA..

  11. ... on March 3, 2009 at 3:11 PM  
  12. Nabil Norhalim said...

    huhu..salam..dengar2 ny mesyuarat ini akan diadakan kali ke 2 sem depan saksikan lah ye..mungkin byk idea yg nk dikembangkan oleh semua YDP2 dan MT ny...

  13. ... on April 6, 2009 at 8:46 AM